Buku Ramadan Terbaik – Pecutan Ibadah Maksimum

RM10.00

Synopsis

Dengan kehadiran Ramadan yang dinanti –nanti semua Mukmin semestinya memberikan sinar dan cahaya yang mampu mengembalikan kekuatan iman yang turun naik. Selain itu, bulan Ramadan menjanjikan pelbagai kerahmatan, keampunan dan kelepasan daripada api neraka. Oleh itu, hendaklah kita mengambil kesempatan dengan kehadiran bulan yang mulia ini, ia umpama “madrasah” yang mampu menjana ketakwaan Muslim agar hati dan jiwa kembali teguh.

Firman Allah Taala yang bermaksud: “ Wahai orang yang beriman, telah difardukan atas kamu untuk berpuasa (Ramadan) sebagaimana diwajibkan kepada ganerasi terdahulu, mudah-mudahan kamu bertakwa”. Kita semua mengharapkan agar Allah memberikan kita taufik dan hidayah agar Ramadan yang disambut dapat dihargai sebenar-benarnya .

Ramadan bukanlah untuk membebankan manusia tetapi merupakan “hadiah” yang paling berharga bagi mereka yang mahu meningkatkan ketakwaan dan memperbaiki diri. Semoga kita semua dirahmati, diampuni serta mendapat kurniaan yang terbaik daripada Allah. Semoga Ramadan yang hadir memberi makna dan berkesan kepada jiwa muslim agar menjadi Muslim yang bertakwa kepada Allah.

1 in stock

Category: Tag: