Buku Melakar Syurgawi Idaman- Tip Membina Rumahtangga yg Bahagia & Cemerlang

RM28.00

Synopsis

“Rumahku, Syurgaku”. Satu ungkapan yang sangat sinonim dalam masyarakat kita. Namun, berapa ramaikah yang benar-benar menghayati dan memahami makna di sebalik ungkapan tersebut?

Jika ungkapan ini benar-benar diamalkan, dihayati dan difahami oleh setiap keluarga nescaya tiada masalah sosial yang perlu dirisaukan masyarakat. Ibu bapa merupakan tonggak utama dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia.

Jika pencorakan yang dipraktikkan ibu bapa mengikut lunas-lunas Islam, insya-Allah anak-anak yang terbentuk adalah yang berkualiti untuk kemaslahatan ummah.

Gurindam Melayu ada menyatakan, dengan bapa jangan derhaka, supaya Allah tidak murka. Dengan ibu hendaklah hormat, supaya badan dapat selamat. Dengan anak janganlah lalai, supaya boleh naik ke tengah balai (mendapat penghormatan di atas pentas).

Oleh itu, buku ini harus dimiliki sebagai panduan bersama ahli keluarga agar setiap daripada kita dapat memainkan peranan masing-masing demi pembangunan ummah yang berjaya dunia dan Akhirat.

1 in stock

Category: Tag: