Buku Keagungan Al-Fatihah – Merungkai Rahsia disebalik ummul kitab

RM12.00

Sinopsis

Keagungan al-Quran tersimpan dalam surah al-Fatihah. Keagungan surah ini mengatasi surah-surah lain yang ada dalam al-Quran. Hal ini diisytiharkan sendiri oleh Baginda Rasulullah SAW dalam sepotong hadis yang bermaksud, :”Surah paling agung dalam al-Quran.” (Riwayat Abu Daud).

Selain itu, surah ini menjadi lambang keistimewaan al-Quran berbanding kitab Taurat, Injil dan Zabur. Justeru, buku ini mengajak pembaca memahami rahsia-rahsia yang tersembunyi dalam surah al-Fatihah. Di samping mendekatkan masyarakat kepada tarbiah al-Quran, buku ini bertujuan membantu pembaca dalam beberapa perkara yang meliputi pemantapan akidah, syariah, dan akhlak melalui surah al-Fatihah. Memahami kaitan surah al-Fatihah dengan solat.

Memahami fadilat sebahagian surah yang mempunyai nisbah tertentu dalam al-Quran. Memperbetul kesalahan bacaan umum dan khusus dalam surah al-Fatihah. Meneliti kesinambungan antara ayat-ayat dalam surah al-Fatihah. Memahami fungsi al-Quran dalam membentuk kehidupan manusia. Semoga buku ini mampu memperluas kefahaman pembaca terhadap surah al-Fatihah. Insya-Allah

2 in stock

Category: Tag: