Mengenai Kami

Rangkaian Pakaian Muslim

i-Nur

ehrm dewasa-01
tds01

Visi Kami

Menjadi Peneraju Produk Berkualiti dan Keperluan Menutup Aurat yang Global dan Menepati Syariah Bersesuaian dengan Peredaran Masa.

Misi Kami

• Berlandaskan nilai-nilai Islam
• Layanan khidmat mesra pelanggan
• Kualiti Produk Tinggi
• Menghasilkan keperluan umat Islam
• Produktiviti tinggi
• Proses pembelajaran dari semasa ke semasa

Nilai Keistimewaan Kami

Kualiti
Kepelbagai Produk
Pemeriksaan Kualiti
Impak Ekologi Positif
daisy
master mrah

Mengenai Kami

HRA NUR SDN BHD ialah sebuah syarikat bumiputera, Muslim. Kepakaran kami dalam pembuatan pakaian Muslim Muslimat di Malaysia. Kesungguhan kami dalam membantu Muslim Muslimat seisi keluarga mendapatkan pakaian menutup aurat yang sempurna.

i-NUR bermula dengan nama syarikat HRA ENTERPRISE yang ditubuhkan pada tahun 1993. Kemudian berkembang dengan penubuhan syarikat HRA NUR SDN BHD pada tahun 2015.
Dengan kesungguhan dan komitment tinggi staf i-NUR seramai 40 orang, i-Nur cuba memberi yang terbaik untuk pelanggannya.

Memiliki dua kilang jahitan yang beroperasi di Gombak dan Terengganu. Kilang-kilang ini membekalkan produk pakaian dan tudung ke kedai i-NUR, Gombak.

i-NUR Online bermula pada tahun 2008, ia menjadi kemudahan bagi pelanggan yang tinggal jauh untuk dapatkan produk i-NUR. Website i-Nur mempamerkan treadmark model tudung yang unik dan menjadi ingatan pelanggan dalam dan luar negara.

Demi mementingkan keselesaan kepada pelanggan, kami cuba memberi pilihan saiz mengikut kehendak pelanggan. Ada ketikanya perlu tempoh masa pre-order untuk disiapkan.
Terima kasih kepada pelanggan yang setia menunggu. Semuanya untuk pelanggan kami yang di sayangi.

Kami percaya bahawa tudung dan pakaian syar’i akan sentiasa releven untuk semua golongan umur dan releven sepanjang masa.